Followers

Sunday 3 February 2013

A&E department!!

Assalamualaikum..wbt.. Alhamdulillah..setelah berminit2 mencari line.mybe sbb jb hujan kot.. so internet da jd mcm chipsmore.haih T.T *sabar je.. 

ok harini just nak share ngn korang pengalaman seminggu berposting moting dekat A&E.. ok meh nak habak kat hang a&e tu mens accident and emergency. alaaa yang bila kat hospital bunyi siren ambulan xhenti2 tu.. haa tu la emergency deparment. mak aih  busy gila.. emergency ni ade 4 bahagian. red zone.yellow zone.green zone.white.kesemua warna ala2 trafic light tu mmpunyai maksud yang tersendiri.. 

merah - rawatan akan diberi kepada pesakit serta merta. biasa kes2 yang melibatkan kemalangan yang teruk.kebakaran.lemas.
pendarahan yang banyak. haa smthing like that ok..

kuning- rawatan akan diberi kepada pesakit dalam tempoh 15-30 minit la.biasa kes yang patah2 tangan kaki.n pesakit tu sedar n ok la..

hijau- rawatan akan diberi kurang dari satu jam.biasa kes2 spt demam ke.muntah ke..mens kes yang ringan2 jela..

putih- yang ni mmg xde rawatan ape dah.. tutup kain.bawak rumah mayat..ngeee T.T  *tp makesure pesakit dah mmg betol2 xhidup la..hiks

seriously!!dulu saya pun xtahu pape pasal menda alah ni..yela..saya n family mmg  xde pegi hospital..kitaorang xpenah ambil rawatan kat hospital kerajaan..tapi tapi n tapi..saya penah la dengar rawatan dekat hospital kerajaan ni lembap la.lama tunggu.staff garang la.. yess! sume tu betol..sebab pe? sebab mereka mengutamakan kes2 yang melibatkan nyawa pesakit dulu.. so kalau korang xmenahan nak menunggu.saya sebagai *bakal staff menyarankan.......sakit ringan2 tu pegi je hospital or klinik2 swasta..kehkeh :D  *cepat telus n mulus..*missy xgarang but duet melayang sket la..hiks

 ok berbalik pada tajuk.1st keje..saya tercampak ke red zone.walaweh.. kecut habis bladder aku..HAHA yela..tu pertama kali aku di postingkan ke emergency department.kat situ selama 2 hari membuatkan diri ku begitu kebal.bekerja dengan staff yang sememangnya da teror ibarat langit dengan awan.kena marah kena maki. just buat muka cool n slalu ckp kat hati SABAR ye sayang..haha ok..aku xmenangis.tp hati aku mmbengkak..HAHA  *pui  kes yang sempat aku tengok banyak melibatkan kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan yang teruk.mak aih.. teringat kat budak usia dua tahun. sampai nampak tengkorak dia weh.. *nangis aku :( sume salah ibu bapa. (bawak motor anak letak berdiri dalam bakul) haiih ~ then aku sempat tengok kes ditikam oleh suami sendiri.pheww terpacak pisau kat perut..nasib hidup lagi.. 

then hari ke 3 n 4.. aku tercampak ke yellow zone. pheww kat sini aku jumpa budak accident kena langgar dengan krete tp xkritikal sgt.mula2 aku kesian yang amat. tp dia diiringi oleh dua anggota polis.mase pass over report.baru aku taw.dia sengaja di langgar coz dia peragut. huh panas plak hati kita.. sampai hati buat cmtu.. ragut pmpuan tua..n di takdirkan Allah..sekejap je Allah nak tnjuk.. dia patah tangan n mengalami internel bleeding.. hmm then kes2 len yang sempat saya tgk. kes2 asthma..diabetis.hypertension..kidney failure..

masuk hari ke 5.iaitu hari terakhir bagi minggu tu.. aku di tempat kan di asthma bay. taw x apekebenda tu..hehe tu adelah rawatan bagi pesakit yang mengalami asma..kat situ kitaorang just bagi ubat.. pesakit akan sedut ubat la.. then bila keadaan da ok..pesakit akan di benarkan discaj.tp kalau xok.. tengok la.. admit ward or masuk observation room untuk pemerhatian lanjut..
 
ok..green zone saya xsempat masuk..disweek akan masuk green zone..hehe insyaAllah ade mase nanti saya akan share ngan korang lagi ok.. :) n setakat ni xjmpa lagi la pesakit masuk white..hehe


                         Te Amor..missy anis :)



Sunday 6 January 2013

staffnurse wanna be :D

posing sket :D

romate kita.kita pendek.ok ^^

sek ganung!! :D

:)

ok..jom men silang2 kaki..HAHA


*sesi phootooshott pakai line bilu :D
Assalamualaikum wbt ! :D hey hai 2013.. ya Allah..cepat nya mase berlalu.. kan? setuju angkat tangan.hee disebabkan masa mandi tadi aku dah duk berangan2 nak update blog..maka nya aku tepati angan2 ku itu..hees seriouslyyyyyyy! permulaan tahun 2013 ni telah banyak memberikan aku pengajaran.pengalaman dan kematangan..*sob sedih toksah kata.xnak ingat balik dah..tutup buku :X seminggu telah berlalu.. aku memulakan sem terakhir ku di kskb jb.. banyak perubahan yang ku lalui pada permulaan nya.meh aku share kat korang..sedih bak hang..HAHA

1) aku terpaksa bertukar bilik setelah mendapat arahan dari warden.akur. *muka sedih.sayang nak tinggal bilik lame :( then sesi  mengangkat2 barang yang sangat banyak bermula.huh toksah cakap la.habis sakit satu badan.!
2)di bilik baru..aku terase janggal..yela..sebelum ni aku hanya tinggal bersama romate. dan toilet hanya berkongsi berdua.sekarang aku terpaksa berkongsi 4 orang dan terpaksa menunggu turn untuk mandi dan sewaktu dengan nya..waaa :O
3)waktu tidur telah mengajarku untuk bergelap.ok ini sangat menakutkan..aku xsuke tidur bergelap..tp disebabkan romate slalu je pesan kat aku.xelok tidur xttp lampu nanti bla bla bla..ok..aku takut..then aku terpksa akur..HAHA  *tarik selimut sampai kepala.
4)dulu..ampaian tu aku men jemur baju xpakai hanger...sekarang..ampaian tu dah kena share dengan 80 orang..HAHA mmg xla nak jemur cmtu je kan..tepaksa aku pakai hanger..huwaa sedih lagi..
5)dulu..peti sejuk n pantri aku share 20 orang.sekarang dah kena share dengan 80 orang..haha cool x? :D

ok..whatever la anis.. itu sume bukan penghalang bagi kamu.. bersyukur dengan kemudahan yang ade..rite? :) sekian saja kisah sedih part 1..hehe

                                                                                              LOL, anyss :D

 

Tuesday 20 November 2012

Assalamualaikum everyone! huh tarik nafas. rinduuuu nya.. lama da x conteng2 wall ni..hihi di sebabkan boring tahap infinity .so trasa nak update blog..hewhew  jadual hari2 makan.tidur.movie.makan.tidur.movie. tp xpela.. xgemok..HAHA *shuhh merapu~

sebenarnya mnda alah ni da lama.. tp baru nak update.alkisahnya *picnic dekat lagoon..kuala ibai. phew.. sangat ohsem.. mula2 just text n chat ngan hanan. cakap rindu la..nak jumpa la.. bla bla.. then tiba2 hanan cakap jom p picnic! mula2 tu rasa wahh beznyaaa.. tp bila duk dalam bilik tu.. duk pk.. malu la.. haish..hanan bawak kawan2 dia. xkenal pun.cane ni. eh nak pegi ke tanak ni. eh rasa bersalah plak kalau xpegi. eh segan la.. eh brapa bnyak da eh aku time tu..HAHA  ok..then buat2 cool.. hanan chat lagi.. hanan cakap xpe.. xde pe.. kawan2 hanan je. ok aku pun mase tu buat2 lega. then fikiran melayang2. aku nak bawak apa esok ni. *yela aku bukan teror sangat bab masak2 ni. apa yang aku teror? buat cocktail..HAHA aku pun cakap la kat hanan.then hanan ckp ok la tu..kikiki ok..lepas siap chat ramai2 lam fb. da sentuh bab makanan.bab pakaian.bab tempat. aku pun of9 then pegi dapur buat agar2.fuh..

esok nya.. hanan n thonah dtg ambil kat rumah.. dah seting tempat comel2. kawan hanan pun sampai. huk segan nya.. tp... dengan izin nya.. lepas salam2..ciom2.. then start bual2 macam da knal lama..yela..selagi aku x bual2..selagi tu aku rasa malu..HAHA wahh diorang sangat bek n cool. yeah nnti bulan 12 ni aku cuti lagi.. n aku harap dapat berpicnic lagi..wee :D  yuk tgk picca :)

setelah berpakat n bersatu hati dapat la hidangan yang istimewa sebegini :)
pompuan xlari dari camera..HIHI
kawan baru saya :D
kawan lama saya . eh ? :D
mereka.
hanan n thonah
:)
ragam kami ^^
xtahu la apa yang buat hepi sangat..haha
kemas2 nak balik :)

 
 --------------------  the end -----------------------
                                                                                                                           
                                                                                    LOL,anyss :)




Saturday 13 October 2012





ayah + ayah
ibu + ibu
 
bersatu atas restu keluarga... 



maka ... lahir lah insan istimewa..seorang mujahid..umar muqri mohd taufiq! :)






#wah xsabar rasa nya nak balik terengganu.. mak lang rindu umar sangat2! :')


























seminggu bersama insan istimewa :)

Assalamualaikum!wekend yang sangat ohsem! hujan sepanjang hari .. Alhamdulillah...Maka genaplah seminggu berpraktikal di hospital permai.mungkin ada yang tertanya2 apa itu hospital permai.. untuk pengetahuan semua..hospital permai menempatkan orang-orang yang mempunyai gangguan mental..atau dalam bahasa yang mudah..terkenal dengan panggilan hospital gila.. Di malaysia terdapat 4 buah hospital gila iaitu di johor.perak.sabah dan sarawak..

Melihatkan pada stuktur binaan yang sangat cantik besar serba canggih..saya masih tidak dapat menggambarkan lagi bagaimana keadaan di dalamnya.sehinggalah saya dan kawan2 melangkah masuk ke dalam buat pertama kali nya.. wad yang saya masuk pada hari pertama dan kedua ialah menempatkan orang-orang tua yang mengalami gangguan mental.kebanyakan dari mereka "bedridden". segala keperluan dari segi  mandi.makan.menukar pampers dan sebagainya di bantu oleh nurse dan ppk yang bertugas. mereka hanya terlantar dan tidak dapat melakukan sebarang aktiviti. paling menyedihkan..ada di antara mereka yang di tinggalkan di situ sejak dari kecil(di buang oleh ahli keluarga) dan tidak ada seorang pun yang datang melawat mereka.

Masuk hari ke tiga dan ke empat.. saya di tempatkan di wad pre discharge..di mana wad itu menempatkan mereka2(lelaki) yang bakal di bebaskan dan kesihatan mental mereka sudah beransur pulih.. tp bukan lah sepenuhnya kerana mereka masih dibekalkan ubatan yang terkawal... di sini mereka di ajar untuk hidup lebih berdikari dan bergaul dengan kehidupan luar.kebanyakan dari mereka di hantar bekerja di luar sebagai security guard.bekerja di cafeteria dan sebagai pekerja dobi dan mereka akan kembali ke wad setelah waktu bekerja tamat..walaupun keadaan meraka tidaklah seperti kita yang normal ini..tp mereka harus diberi peluang untuk meneruskan kehidupan. dan buat pertama kali nya cecair jernih membasahi pipi sewaktu berbicara dengan mereka. ada di antara mereka ini pada sewaktu ketika dahulu bekerja sebagai arkitek.pensyarah.tidak pernah bertemu anak2 sejak di masukkan ke sini.di pksa bercerai di sebabkan penyakit yg di alami. dengan ketentuan Allah..siapa yang tahu.. 


#Di sini mereka telah dididik mengikut jadual yang telah ditetapkan.. 


7am - 8am      -> bangun pagi dan bersenam              
8am - 9am      -> sarapan                                           
10 am             -> minum pagi                                      
11am - 12am  ->aktiviti sendiri                                   
12 nn              ->makan tengah hari                            
12nn - 2 pm    ->tidur   
2pm - 5pm      -> indoor game.karoke  
5pm                ->minum petang   
5pm - 7pm      ->aktiviti sendiri    
7pm - 8pm      -> makan malam    
9pm - 10pm    ->supper           
10pm              -> tidur

yang membuatkan saya rasa wad ni sangat2 ohsem ialah. bilik berecon. satu bilik dua orang.setiap bilik terdapat CCTV. tandas dalam bilik masing2.ada kerusi urut ogawa.ada bilik bacaan. kaw hado??huhu bez kan.. rasa  macam nak p tumpang tido sana je..hehe bilik kat sini pun x cegitu..huu T.T  kelebihan untuk mereka :)


Dan maka berhijrah la pula saya ke wad lain pada hari ke lima nya.. hee wad ini menempatkan mereka2(lelaki) yang mempunyai "challenging behaviour" .. mak aih terkejut saya..mmg sangat2 mencabar jiwa..hee ramai di antara mereka masih tidak dapat mengawal perasaan dan masih kurang pandai lagi berdikari. makan berebut2.gaduh.bertumbuk2 sesama sendiri.kuar dari bilik tanpa seurat benang. merupakan perkara biasa..huu nasib saya kuat..haha wad ni sangat memerlukan pemantaun yang lebih kerana perangai mereka tidak dapat di ramal dan sering berubah2..segala aktiviti dan bilik tidur sama seperti wad di ats.. sangat selesa! 


dan dan maka nya.. selesai sudah..hee itu je yang dapat dikongsi oleh missy..nantikan sambungan seterusnya pada minggu akan datang.. :) *still have one week at permai.assalamualaikum :) 



bigboss!hee *mau tercabut kaki hari2 p permai jalan kaki :O