Followers

Saturday 13 October 2012





ayah + ayah
ibu + ibu
 
bersatu atas restu keluarga... 



maka ... lahir lah insan istimewa..seorang mujahid..umar muqri mohd taufiq! :)






#wah xsabar rasa nya nak balik terengganu.. mak lang rindu umar sangat2! :')


























seminggu bersama insan istimewa :)

Assalamualaikum!wekend yang sangat ohsem! hujan sepanjang hari .. Alhamdulillah...Maka genaplah seminggu berpraktikal di hospital permai.mungkin ada yang tertanya2 apa itu hospital permai.. untuk pengetahuan semua..hospital permai menempatkan orang-orang yang mempunyai gangguan mental..atau dalam bahasa yang mudah..terkenal dengan panggilan hospital gila.. Di malaysia terdapat 4 buah hospital gila iaitu di johor.perak.sabah dan sarawak..

Melihatkan pada stuktur binaan yang sangat cantik besar serba canggih..saya masih tidak dapat menggambarkan lagi bagaimana keadaan di dalamnya.sehinggalah saya dan kawan2 melangkah masuk ke dalam buat pertama kali nya.. wad yang saya masuk pada hari pertama dan kedua ialah menempatkan orang-orang tua yang mengalami gangguan mental.kebanyakan dari mereka "bedridden". segala keperluan dari segi  mandi.makan.menukar pampers dan sebagainya di bantu oleh nurse dan ppk yang bertugas. mereka hanya terlantar dan tidak dapat melakukan sebarang aktiviti. paling menyedihkan..ada di antara mereka yang di tinggalkan di situ sejak dari kecil(di buang oleh ahli keluarga) dan tidak ada seorang pun yang datang melawat mereka.

Masuk hari ke tiga dan ke empat.. saya di tempatkan di wad pre discharge..di mana wad itu menempatkan mereka2(lelaki) yang bakal di bebaskan dan kesihatan mental mereka sudah beransur pulih.. tp bukan lah sepenuhnya kerana mereka masih dibekalkan ubatan yang terkawal... di sini mereka di ajar untuk hidup lebih berdikari dan bergaul dengan kehidupan luar.kebanyakan dari mereka di hantar bekerja di luar sebagai security guard.bekerja di cafeteria dan sebagai pekerja dobi dan mereka akan kembali ke wad setelah waktu bekerja tamat..walaupun keadaan meraka tidaklah seperti kita yang normal ini..tp mereka harus diberi peluang untuk meneruskan kehidupan. dan buat pertama kali nya cecair jernih membasahi pipi sewaktu berbicara dengan mereka. ada di antara mereka ini pada sewaktu ketika dahulu bekerja sebagai arkitek.pensyarah.tidak pernah bertemu anak2 sejak di masukkan ke sini.di pksa bercerai di sebabkan penyakit yg di alami. dengan ketentuan Allah..siapa yang tahu.. 


#Di sini mereka telah dididik mengikut jadual yang telah ditetapkan.. 


7am - 8am      -> bangun pagi dan bersenam              
8am - 9am      -> sarapan                                           
10 am             -> minum pagi                                      
11am - 12am  ->aktiviti sendiri                                   
12 nn              ->makan tengah hari                            
12nn - 2 pm    ->tidur   
2pm - 5pm      -> indoor game.karoke  
5pm                ->minum petang   
5pm - 7pm      ->aktiviti sendiri    
7pm - 8pm      -> makan malam    
9pm - 10pm    ->supper           
10pm              -> tidur

yang membuatkan saya rasa wad ni sangat2 ohsem ialah. bilik berecon. satu bilik dua orang.setiap bilik terdapat CCTV. tandas dalam bilik masing2.ada kerusi urut ogawa.ada bilik bacaan. kaw hado??huhu bez kan.. rasa  macam nak p tumpang tido sana je..hehe bilik kat sini pun x cegitu..huu T.T  kelebihan untuk mereka :)


Dan maka berhijrah la pula saya ke wad lain pada hari ke lima nya.. hee wad ini menempatkan mereka2(lelaki) yang mempunyai "challenging behaviour" .. mak aih terkejut saya..mmg sangat2 mencabar jiwa..hee ramai di antara mereka masih tidak dapat mengawal perasaan dan masih kurang pandai lagi berdikari. makan berebut2.gaduh.bertumbuk2 sesama sendiri.kuar dari bilik tanpa seurat benang. merupakan perkara biasa..huu nasib saya kuat..haha wad ni sangat memerlukan pemantaun yang lebih kerana perangai mereka tidak dapat di ramal dan sering berubah2..segala aktiviti dan bilik tidur sama seperti wad di ats.. sangat selesa! 


dan dan maka nya.. selesai sudah..hee itu je yang dapat dikongsi oleh missy..nantikan sambungan seterusnya pada minggu akan datang.. :) *still have one week at permai.assalamualaikum :) 



bigboss!hee *mau tercabut kaki hari2 p permai jalan kaki :O