*situasi bila kat rumah
bila tidur..lampu mesti ON..bilik x di kunci..sebab hape..ok sengaje sebab nak suruh mak.ayah.or my granyy tutup lampu bila saya da tidur..hee tapi tapi.. bila bilik di kunci..sampai subuh ku tidur berteman kan lampu..huuu
*situasi kat hostel ku sekarang
bila tidur..lampu mesti ON.sama ada sebelah saya.sebelah romate saya.or lampu TOILET.huhuk Ok memang klakar kan.. hmm :O tp ni realiti.bukan fantasi..
xtahu la kenapa susah sangat nak tutup lampu...kenapa...takut?hmm ade jugak kot ! >.<'
ni artikel yang ayah kasi suruh bace :-
Semakin malam semakin gelap tubuh kita akan merasa lelah dan mengantuk. Ini jelas wajar, sintesis dan sekresi hormon melatonin oleh kelenjar pineal meningkat seiring dengan semakinnya malam.
Hormon
inilah yang menyebabkan kita menjadi mengantuk di malam hari. Fungsi
dari rasa mengantuk adalah sebagai isyarat positif tubuh agar segera
mengistirahatkannya. Hormon yang mempengaruhi irama ini
kemudian akan menyesuaikan sehingga terjadi penyegerakan antara kitaran
tidur dengan kitaran pergantian siang dan malam di alam sekitar.
Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:
"Matikanlah
lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah
pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan
Muslim)
Seorang
biologi, Joan Roberts mencari rahsia setelah melakukan percubaan pada
haiwan. Ketika haiwan tersebut diberi cahaya buatan pada malam hari,
melantonin nya (salah satu hormon dalam sistem kekebalan yang mampu
memerangi dan mencegah berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan
kanser prostat) menurun dan sistem kekebalan tubuhnya lemah.
Rupanya,
cahaya Lampu - seperti juga TV - menyebabkan hormon menjadi sangat
lelah. Keadaan malam yang gelap diam-diam bekerjasama dengan tubuh.
Hanya dalam keadaan yang benar-benar gelap tubuh menghasilkan
melantonin. Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari -
sekecil apapun sinarnya menyebabkan Pengeluaran hormon melantonin
terhenti.
Tidur
yang berkualiti dalam erti bahawa dalam selang masa selama kita tidur,
otak kita benar-benar dalam keadaan berehat. Sinar cahaya saat kita
tidur menjadikan kualiti tidur kita kurang baik, ini kerana sinar
tersebut masih berperanan sebagai perangsang stimulator kerja otak.
Secara
ilmiah, cahaya yang ada dalam bilik tidur akan menembus sampai bahagian
mata kita walaupun dalam keadaan terlelap, sinar tersebut akan memasuki
bilik stimulator yang nantinya direspon oleh otak. Dengan kata lain
walaupun mata kita terpejam, tetapi jika ada cahaya yang bersinar maka
otak kita akan bekerja untuk bertindak balas atau mengartikan cahaya
yang masuk tersebut.
Tidur
yang berkualiti di malam hari merupakan usaha pengoptimuman dalam
detoksifikasi untuk meneutralkan toksin yang mengontaminasi tubuh.
Detoksifikasi tubuh, terjadi terutama pada hati, tercapai optimum saat
tidur. Mekanisme tersebut berkaitan erat dengan diproduksinya
antioksidan sebagai penetral toksin. Pada tidur yang berkualiti,
detoksifikasi hati dapat berjalan optimum, khususnya dalam pembentukan
asid amino glutathione sebagai antioksidan yang meneutralkan stres
oksidatif dan radikal bebas.
Mencegah Kanser Payudara
Tidur
malam dalam bilik yang gelap benar-benar bermanfaat buat tubuh. Ahli
biologi Joan Robert mengatakan tubuh baru boleh menghasilkan hormon
melatonin ketika tidak ada cahaya. Hormon ini adalah salah satu hormon
kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit
termasuk kanser payudara dan kanser prostat.
Malangnya,
hormon melatonin ini tidak akan muncul jika orang tidur malam hari
dengan lampu menyala. Adanya cahaya atau sinar membuat pengeluaran
hormon melatonin akan berhenti.
Dengan
mematikan lampu ketika tidur malam hari, bukan hanya menjimatkan tenaga
tetapi juga meningkatkan kesihatan tubuh. Maka itu tidur malam sambil
nonton TV juga sangat tidak disyorkan.
Pengamal
kesihatan yang lain, Lynne Eldridge MD yang juga penulis buku 'Avoiding
Cancer One Day At A Time' juga menuliskan perempuan buta 80 peratus
lebih kecil terkena risiko kanser payudara berbanding rata-rata
perempuan lain. Diduga faktor hormon melatonin yang banyak ditubuhnya
kerana penglihatan yang gelap membuatnya punya daya tahan tubuh yang
lebih tinggi.
Pentingnya
tidur malam hari dengan mematikan lampu baru-baru ini juga diteliti
oleh para saintis dari Inggeris dan Israel. Penyelidik mendapati ketika
cahaya dihidupkan pada malam hari, boleh menyebabkan ekspresi berlebihan
dari sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanser.
Para
saintis mendakwa jika seseorang terbangun di malam hari dan menyalakan
lampu selama beberapa saat, maka boleh menyebabkan perubahan biologi
yang mungkin mengarah ke kanser.
Jika
pada penelitian sebelumnya tidur malam dengan lampu terang dikaitkan
dengan peningkatan risiko kanser payudara dan kanser prostat. Maka pada
penelitian terbaru ini menunjukkan paparan jangka pendek juga boleh
dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser.
"Orang-orang
yang bangun di malam hari disyorkan untuk tidak menyalakan lampu. Kami
percaya bahawa setiap kali menyalakan cahaya buatan pada malam hari akan
mempunyai kesan pada biologi tubuh, kerana ini adalah mekanisme yang
sensitif," ujar Dr Rachel Ben-Sclomo dari University of Haifa.
Dr
Rachel menambah bahawa ini adalah penemuan terbaru dan masih sebatas
penelitian pendahuluan. Namun kini ia dan pasukan tengah menganalisa
wilayah ini secara lebih terperinci. Keputusan ini juga telah dilaporkan
dalam jurnal Cancer Genetics and Cytogenetics.
Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala berisiko mengidap leukemia.
Para
saintis mendapati bahawa tubuh perlu suasana gelap dalam menghasilkan
bahan kimia pelawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu toilet,
begadang, mengembara melintas zon masa, lampu-lampu jalan boleh
menghentikan pengeluaran zat melatonin.
Tubuh
memerlukan zat kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan zat
melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan
mencegah pertumbuhannya.
Prof.
Russle Reiter dari Texas University yang mengetuai kajian tersebut
mengatakan "Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit.
Otak anda akan mengesan bahawa lampu menyala seharian dan pengeluaran
zat melatonin menurun ".
Jumlah
anak-anak pengidap leukimia naik menjadi dua kali ganda dalam kurun 40
tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda di bawah 15 tahun didiagnosis
menderita penyakit ini setiap tahun dan kira-kira 100 orang meninggal.
Sebuah
persidangan tentang anak penderita leukimia diadakan di London
menyatakan bahawa orang menderita kanser akibat terlalu lama memakai
lampu waktu tidur dimalam hari berbanding dengan yang tidak pernah
memakai lampu waktu tidur.
Hal
ini menekan pengeluaran melatonin di mana biasanya terjadi antara pukul
21.00 9 s / d pukul 20.00. Penelitian terdahulu telah menunjukkan
bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift
yang mempunyai risiko terkena kanser payudara.
Pada
kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah kepada melatonin
mempunyai risiko yang lebih rendah menghidap kanser. Maka orang-orang
tua disyorkan utk menggunakan bola lampu yang suram berwarna merah atau
kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.
ok..sangat takut kan bila bace..cane niii >.< help me~ :C
nasib ler sape jadi laki saya..muahaha Bdw tengs ayah. i love u :)
nasib ler sape jadi laki saya..muahaha Bdw tengs ayah. i love u :)
nnt da kawin pakai lampu meja la yg malap tu.hehe.ei anis pngecut..dlu mse skola sofia pn cmtu. Bla sekolah menengah da ok
ReplyDelete